Khamis, 14 November 2013

OH MAK......


Mak...itu lah gelaran untuk mak saya.  Ada orang panggil ibu, bonda, mama ,umi dan sebagainya.  Mak saya seorang yang hebat.......Ketabahan mak...kekuatan mak....menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Selagi kita semua ada mak............beruntunglah.  Kita jagalah mak masing2 sebelum terlambat.  Jangan nanti bila mak kita telah dipanggil ILLAHI, baru lah kita hendak merasa menyesal.....merasa sedih dan terkilan kerana kecewa tidak mengambil berat dan menjaga mak kita semasa hayatnya.

Alangkah beruntungnya diri kita kerana mak melahirkan kita...membesarkan kita dan menjaga diri kita dari lahir hingga dewasa.  Begitu banyak pengorbanan mak kepada kita.....moga kita semua menjadi anak yang baik dan dapat membalas jasa orang tua kita....Andai mak kita ada terkilaf semasa bersama kita, kita maafkan saja diri mak kita.  Janganlah kita simpan dendam didalam hati......biar macam manapun, mak tetap mak dan kita mesti hormati diri mak kita.....
Inilah mak saya.......masa ni mak saya baru lepas bedah mata kirinya. Inilah wanita hebat yang telah melahirkan dan membesarkan saya.  Saya bersyukur sangat kerana walaupun mungkin mak saya tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada anak2...tapi saya tau mak saya sayang pada saya........kerana saya yakin tiada mak yang tidak sayangkan anak2nya sendiri.  Walau tiada kata sayang dari mulutnya...tapi dihati mak,  sudah pasti ada rasa sayang itu.

Mak...
Saya selalu doakan kebahagiaan untuk mak.  Mak jagalah diri mak baik2.  Saya doakan mak sihat dan dapat melakukan ibadat dengan sempurna.......mak dah semangkin berumur...umur mak pun dah lebih dari 70 tahun.  Mak kena jaga kesihatan..jaga diri mak....saya tak mahu kehilangan mak.


Mak.............saya sebenarnya sayang sangat sangat kat mak.

Nota:-
marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu-bapa setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada mereka. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.


Perlu kita insafi bahawa ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:


Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan