Jumaat, 8 November 2013

HARI JADI SAYA.....

Tarikh 09.11.2013...genap umur saya 44 tahun.  Dah semangkin tua pulak saya rasa. maklumlah dalam usia dah 40 an ni.....umur dah peringkat asar.  amalan masih terasa kurang sangat.  Azam saya nak jadi hamba ALLAH yang solehah.  Lebih baik dari sebelumnya....... saya memasang impian untuk pergi UMRAH dengan suami, anak-anak dan ibu tercinta.   Itupun kalau diizinkan oleh ALLAH jua.....jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapai impian saya itu.

Umur dah semangkin meningkat....anak2 gadis dah semangkin dewasa.....saya rasa bahagia kerana hidup selama ini melalui fasa2 kehidupan dengan teratur dengan izin ALLAH jua. Dari kecil, kemudian remaja dan bersekolah kemudian saya memulakan hidup baru dengan berumah tangga dengan suami tercinta kemudian berpeluang menjadi ibu, melalui perasaan cemas semasa melahirkan dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan perasaan bahagia.  Moga kebahagiaan ini menjadi milik saya untuk selama hayat saya. Moga Allah panjangkan umur saya, agar dimasa akan datang saya berpeluang menjalani fasa baru yang lain dengan suasana yang lain bersama keluarga, amin.

saya pada 9.11.2013..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan