Jom Tanam Pokok

Apa keistimewaan pokok MULBERRY.

Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.




Buah Mulberry (closed up)

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

BUAH....
khasiat buah Mulberry ni banyak......
1.Mulberry Mengandung vitamin C yang sangat baik untuk kulit 
2.Membersihkan polusi pada tubuh
3.Membuat kulit tampak lebih cerah 
4.Mulberry mengandung anthocyanin, jenis antioksidan yang lebih kuat daripada antioksidan dalam buah lainnya. Antioksidan ini dapat melindungi kulit dari efek radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.
5.Antioksidan dalam mulberry dapat menghapus bintik-bintik gelap di wajah.
6.Mengobati dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
7.Mengobati masalah kolesterol dalam darah
8.Mengobati hipertensi/tekanan darah tinggi 
9.Mengobati sakit asma 
10.Meningkatkan produksi ASI 
11.Mengurangkan resiko osteoporosis atau tulang rapuh 
12. Meredakan batuk, perasaan cemas dan gelisah
13.Mengurangi rasa sakit saat haid 
14.Memperlancar haid yang tidak teratur 
15. Menambah energi 
16. Membantu mengatasi migrain dan susah tidur malam (insomnia).

DAUN....
Ubat kebas tangan dan kaki

Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.




Daun Mulberry

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

HASIL TANGAN SENDIRI
Jadi, inilah Hobi baru saya.....erm tanam pokok Mulberry. Dapat Pokok ni dari depan kilang tempat saya kerja. Semai la 3 ranting pada mulanya...ingatkan x idup. La ni da berbuah pun dan dah dapat semai pokok2  baru. Saya tanam kat pasu je......nanti kalau da tinggi sikit, nak cantas daun2 tu. Daun tu saya nak keringkan dan jadikan teh...nak cuba minum teh daun mulberry lah ye.......Pokok ni senang je dijaga. Bila da cantas daun nanti, dan kalau keluar pucuk daun baru, mesti dengan putik buah....lepas ni nak letak baja. Biar buah baru nanti besar2 sikit dari yang sekarang ni.


Buah Mulberry da pun masak...tapi buahnya x la banyak dan kecil2...tapi cukup la untuk kami merasa sorang sikit. Buah Mulberry ni kalau da masak merah warnanya dan rasanya manis2 masam.......

Jika da sesiapa yang inginkan pokok ni, saya boleh tolong semaikan. Cuma call saya k.

Capaian entry berkaitan :
  1. Teh Daun Mulberry
Capaian entry berkaitan di rakan blogger :
  1. http://bertanamlah.blogspot.com/2009/04/mulberi-ipoh.html

1 ulasan: