Rabu, 4 Disember 2013

Hari Jadi Saya 2

Tak Sangka ada suprised untuk saya, pada malam 9.11.2013 yang lalu.......anak2 dan suami belikan kek ....dan ada hadiah jugak...sukanya saya.  Hari jadi kali ni....saya dah pun berusia 44 tahun.....saya masih berpeluang menikmatinya.....masih berpeluang menikmati udara segar ciptaan Allah.....masih dikurniakan kesihatan yang baik...kehidupan yang bahagia....terima kasih Ya Allah. Terima kasih banyak2 diatas kurniaan mu ini...saya bersyukur, alhamdullilah.




Bestkan kalau selalu dapat mcm ni.........walaupun kek kecil dan hadiah cuma coklat dan mug ....  tapi ingatan mereka pada saya, kasih sayang mereka pada saya, itu lebih bernilai....  Terima kasih abang dan anak2(Syira, Amy & Nurul) sebab ingatan kalian semua..........


Sayang selalu.......
Terima kasih daun keladi........tahun depan bagi lagi.......

 

Nilai Ucapan Terima Kasih

Manusia mempunyai sekeping hati yang menjadi raja kepada sistem tubuh badan.
Bermula di hati terpancar segala kemahuan yang diterjemahkan melalui kelakuan sama ada baik atau buruk.
Sesuatu perasaan bermula di hati. Tenang, resah, gembira, sedih dan sebagainya.
Hati gembira menerima ucapan-ucapan indah dan berbunga. Sebaliknya perasaan tidak suka, benci dan sebagainya timbul daripada kata-kata yang menyakitkan.

Ucapan Terima Kasih Meningkatkan Motivasi

Antara ucapan yang dapat mencetus rasa seseorang dihargai adalah ‘terima kasih’. Sebutan yang mudah lagi ringkas dapat menambah rasa hendak memberi dan menghulur sesuatu berulang kali malah lebih baik daripada sebelumnya.
Indahnya andai dalam persahabatan kalimah ini selalu dituturkan kepada sahabat.
Alangkah harmoninya dalam sebuah rumah tangga jika dibiasakan sebutan ini pada penghujung setiap pertolongan yang dihulurkan pasangan ketika menyelesaikan beberapa perkara dan urusan yang tidak sempat atau mampu dilakukan sendiri.
Alangkah romantisnya perhubungan antara sepasang kekasih seandainya mengamalkan kalimah penghargaan ini buat si dia.
Alangkah seronoknya dan bertambah semangat bekerja seandainya selalu menerima ucapan ini. Hakikatnya ia tiada bandingan dengan sebutan-sebutan lain yang digunakan.

 

Nilai Ucapan Terima kasih di dalam Islam

Dalam Islam, kalimah ini disesuaikan dengan kalimah ‘syukur’. Ia diucapkan untuk menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki dan seumpamanya sebagai menghargai pemberian Allah Ta’ala.
Malah melafazkan kalimah syukur dengan sebutan ‘alhamdulillah’ adalah menjadi kewajipan. Selain itu, pada masa yang sama ia menjadi sebab Allah Ta’ala menambah segala bentuk pemberianNya.
Firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud:
“ Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya menghargai sesuatu pemberian sekalipun apa yang diberi itu terlalu kecil kuantitinya dan murah nilainya.
Nabi S.A.W ada menyebut tentang apa telah yang telah disabdakan:
“Barangsiapa yang tidak mensyukuri pemberian manusia, sesungguhnya dia telah tidak mensyukuri Allah Ta’ala”

Penutup

Adakalanya sebilangan manusia sukar menutur perkataan ini. Kenapa?
Kerana hanya orang yang mempunyai hati dan naluri bersih daripada penyakit-penyakit hati yang menebal sahaja mampu mengungkapkan kalimah ajaib ini.
Kebaikan mengucapkan terima kasih adalah pemberi dan penerima akan saling sayang-menyayangi dan hormat-menghormati. ;-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan