Isnin, 4 November 2013

Pokok Mulberry berbuah lagi

Pokok Mulberry yang baru saya tanam hari tu dah pun berbuah....tapi buahnya tak lah banyak. Yang lama saya dah catas batangnya separuh.. daun saya keringkan untuk buat teh daun mulberry.
Harap2, yang daun baru nanti keluar dengan putik buah yang besar sikit.  Boleh la mak saya makan lebih sikit......... seronok bila pokok yang ditanam keluarkan hasil biarpun sikit dan kecil buahnya.  nanti saya letak baja, biar sihat dan banyak buah.


 Pokok yang lama ni, saya kerat separuh dan batangnya saya cucuk balik dalam pasu.  mana tau boleh hidup. lain hari, nak potong baki yang lagi 2 batang tu....


Daun ni dibasuh bersih untuk buangkan denah yang ada kat daun tu.....lepas tu keringkan selama 2 hari. Bila dah keringkan.....ramas2 sedikit biar hancur dan kemudian letak dalam bekas.. lepas ni dah boleh minum teh daun mulberry k.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan