My Family

Inilah keluargaku.......

Hidup bekeluarga amat bermakna buatku.....selepas bernikah pada 18.08.1995, saya menjadikan keluarga sebagai yang paling utama..... tambahan pula bila saya mendapat khabar gembira selepas 3 bulan berkahwin dengan kehadiran baby pertama yang bakal dilahirkan pada Jun 1996...Itu berita yang paling gembira.....  Bertambah orang baru yang comel, membuatkan saya semangkin sibuk menjadi surirumah sepenuh masa....kemudian lahir pula baby ke2 dan seterusnya ke3.... bertambah2 la sibuk... membesarkan anak2 yang lahir setahun satu memang amat2 la menguji diri saya tapi berjaya juga menempuh segala rintangan dan dugaan. Masa dihabiskan untuk keluarga.  Tapi syukur sangat sebab suami banyak membantu saya semasa proses anak2 dari lahir hingga la sekarang. Saya baru berusia 27 tahun ketika melahirkan anak pertama dan telah mempunyai anak 3 semasa usia 29 tahun...jika suami tidak membantu saya, entahlah..mungkin susah juga kan.

Sekarang da tahun 2013, umur saya dah pun masuk 40an..... anak2 dah pun semangkin dewasa. Yang sulung dah pun nak ambil SPM......Yang no 2 tu di tingkatan 4 dan yang paling bongsu...dah pun habis PMR......Saya saat ini merasa bahagia dengan kehidupan yang ada bersama suami serta disamping anak2 yang semangkin besar dan cantik2.  Saya selalu berdoa agar ALLAH akan sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga....hingga ke hujung nyawa.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan