Khamis, 14 November 2013

OH MAK......


Mak...itu lah gelaran untuk mak saya.  Ada orang panggil ibu, bonda, mama ,umi dan sebagainya.  Mak saya seorang yang hebat.......Ketabahan mak...kekuatan mak....menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Selagi kita semua ada mak............beruntunglah.  Kita jagalah mak masing2 sebelum terlambat.  Jangan nanti bila mak kita telah dipanggil ILLAHI, baru lah kita hendak merasa menyesal.....merasa sedih dan terkilan kerana kecewa tidak mengambil berat dan menjaga mak kita semasa hayatnya.

Alangkah beruntungnya diri kita kerana mak melahirkan kita...membesarkan kita dan menjaga diri kita dari lahir hingga dewasa.  Begitu banyak pengorbanan mak kepada kita.....moga kita semua menjadi anak yang baik dan dapat membalas jasa orang tua kita....Andai mak kita ada terkilaf semasa bersama kita, kita maafkan saja diri mak kita.  Janganlah kita simpan dendam didalam hati......biar macam manapun, mak tetap mak dan kita mesti hormati diri mak kita.....
Inilah mak saya.......masa ni mak saya baru lepas bedah mata kirinya. Inilah wanita hebat yang telah melahirkan dan membesarkan saya.  Saya bersyukur sangat kerana walaupun mungkin mak saya tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada anak2...tapi saya tau mak saya sayang pada saya........kerana saya yakin tiada mak yang tidak sayangkan anak2nya sendiri.  Walau tiada kata sayang dari mulutnya...tapi dihati mak,  sudah pasti ada rasa sayang itu.

Mak...
Saya selalu doakan kebahagiaan untuk mak.  Mak jagalah diri mak baik2.  Saya doakan mak sihat dan dapat melakukan ibadat dengan sempurna.......mak dah semangkin berumur...umur mak pun dah lebih dari 70 tahun.  Mak kena jaga kesihatan..jaga diri mak....saya tak mahu kehilangan mak.


Mak.............saya sebenarnya sayang sangat sangat kat mak.

Nota:-
marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu-bapa setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada mereka. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.


Perlu kita insafi bahawa ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:


Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)

Rabu, 13 November 2013

Rindu itu datang lagi.......

Entah mengapa, sudah beberapa hari ini saya merasa sangat rindu kepada arwah adik saya,  Khairul Nizam .....mungkin kerana saat ini saya merasa ingin mengongsi perasaan dengan nya seperti ketika hayatnya dulu... Ialah, dulu kalau saya ada apa2, mesti dia jadi tempat saya berbual. tempat saya luahkan perasaan...tempat saya mintak pandangan tentang hidup.....walaupun dia lebih muda dari saya...kami kan kawan baik.


Arwah Khairul Nizam Bin Ahmad dalam kenangan ( lahir 22.8.1977 dan kembali kerahmatullah pada 25.01.2011).
                                   

Entahlah.....kerinduan itu pasti datang...dan bila datang, pasti mata ini berkaca menahan air mata yang hampir gugur...jika gugurpun airmata ini, cepat cepat pula saya menyeka dari terus jatuh kepipi saya...saya tak mahu ada orang lain nampak kesedihan saya ini...sedih dan rasa rindu pada orang yang dah tak ada....tapi itulah, saya Rinduuuuuu sangat sangat  kat arwah. Diam tak diam,  25hb Januari 2014 nanti, genap 3 tahun dia pergi menghadap Illahi.  Pergi secara tiba2......tanpa pesan dan tinggalkan saya sendiri....hanya dia sebagai adik yang memahami diri saya......hanya dia sahaja sebagai adik yang tahu perangai saya...... hanya dia sebagai adik yang tahu menghargai kakaknya...dan hanya dia sebagai adik yang boleh bertolak ansur dari segala segi dan tak akan membuat hati kakaknya terluka.  

Alangkah seronoknya kalau dia masih ada.......tapi Qada & Qadar ALLAH, mana mungkin kita sebagai hambanya menidakkan ketentuannya itu..saya redha....

Ya ALLAH........moga arwah adik saya, Khairul Nizam Bin Ahmad berada dalam golongan orang orang yang soleh......moga dilapangkan kuburnya...moga ia terlepas dari seksa kubur....alfatihah...

Salam rindu tersangat rindu untuk adikku sayang......

Surah Al-Fatihah




Makna Surah Al-Fatihah

Ayat 1: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya??. Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah. Rasakan getaran dihati anda, hingga timbul dorongan untuk menangis. Silahkan menangis jika dorongan itu memang kuat. Jangan tahan tangisan anda. Ayat 2: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Rasakan betapa mulianya Allah, betapa Agungnya Dia , hanya Dialah yang berhak dipuji. Dialah Tuhan penguasa Alam semesta yang maha mulia dan Maha terpuji. Rasakan betapa hina dan tidak berartinya kita dihadapan Dia. Lenyapkan semua kesombongan diri dihadapaNya. Rasakan getaran yang dahsyat didada anda?
Ayat 3: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Rasakan seperti pada ayat pertama
Ayat 4: Yang menguasai hari pembalasan
Bayangkan seolah olah anda berada dihadapan Allah di padang Mahsyar kelak. Dia lah penguasa tunggal dihari itu. Bagaimana keadaan anda dihari itu? Rasakan dan hayati ayat tadabbur yang anda dengar. Biarkan airmata anda mengalir . Menangislah dihadapan Allah pada hari ini , disaat pintu taubat masih terbuka. Jangan sampai anda menangis kelak dihari berbangkit ketika pintu taubat telah tertutup
Ayat 5: Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
Inilah pengakuan anda bahwa hanya Dia yang anda sembah, dan hanya padaNya anda mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan ikhlas.
Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus
Mohonlah padanya agar ditunjuki jalan yang lurus. Jalan yang penuh dengan rahmat dan berkahNya. Dengarkan dan hayati kalimat tadabbur yang anda dengar.
Ayat 7: (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Bayangkan jalan orang orang yang telah mendapat nikmat , kebahagian dan kesuksesan sebagai karunia dari sisinya. Berharaplah untuk mendapat kebahagian seperti orang itu. Bayangkan pula jalan orang orang yang mendapat murka dan azabnya.Bayangkan pula jalan yang ditempuh orang yang sesat mohon agar dijauhkan dari jalan itu.

Jumaat, 8 November 2013

HARI JADI SAYA.....

Tarikh 09.11.2013...genap umur saya 44 tahun.  Dah semangkin tua pulak saya rasa. maklumlah dalam usia dah 40 an ni.....umur dah peringkat asar.  amalan masih terasa kurang sangat.  Azam saya nak jadi hamba ALLAH yang solehah.  Lebih baik dari sebelumnya....... saya memasang impian untuk pergi UMRAH dengan suami, anak-anak dan ibu tercinta.   Itupun kalau diizinkan oleh ALLAH jua.....jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapai impian saya itu.

Umur dah semangkin meningkat....anak2 gadis dah semangkin dewasa.....saya rasa bahagia kerana hidup selama ini melalui fasa2 kehidupan dengan teratur dengan izin ALLAH jua. Dari kecil, kemudian remaja dan bersekolah kemudian saya memulakan hidup baru dengan berumah tangga dengan suami tercinta kemudian berpeluang menjadi ibu, melalui perasaan cemas semasa melahirkan dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan perasaan bahagia.  Moga kebahagiaan ini menjadi milik saya untuk selama hayat saya. Moga Allah panjangkan umur saya, agar dimasa akan datang saya berpeluang menjalani fasa baru yang lain dengan suasana yang lain bersama keluarga, amin.

saya pada 9.11.2013..........

Selasa, 5 November 2013

Hari Peperiksaan SPM dan Hari Jadi......

Hari ni 6.11.2013(Rabu). Ada 2 perkara yang sangat penting untuk keluarga kami hari ni.  Yang pertama anak sulung , Nurul Hayza Syahirah menduduki peperiksaan SPM hari ini.......saya berdoa moga syira berjaya menjawab soalan dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan yang diajukan..... sebenarnya saya agak risau maklumlah anak sulung .........ini peperiksaan yang sangat penting untuk permulaan kerjayanya...moga Allah akan mempermudahkan dirinya, amin.

 


Yang ke2, Anak bongsu...Nurul Khairina Syarah lahir pada tarikh
hari ni......6.11.2013, dah 15 tahun anak mama ni.........  Dah semangkin besar.....Saya doakan juga biar hidupnya bahagia selalu, diberkati oleh Allah , berjaya dalam hidup dan yang paling penting menjadi anak yang solehah.  Adik pun tengah tunggu result PMR......harap2 keputusannya nanti cemerlang.




Anak yang no 2, Nurul Amalia sabrina....sempoi je.  Maklumkan honeymoon year.  Moga Amy akan lulus peperiksaan akhir tahun 2013 dengan cemerlang juga ya.......






Isnin, 4 November 2013

Pemegang Pintu & Alas Peti Sejuk Paling Baru

Corak terbaru untuk alas dan pemegang peti sejuk.....Jika ada yang berminat, sila hubungi saya di Hp No: 012 7423357 untuk tempahan. Boleh tempah dengan alas periuk sekali...






Pokok Mulberry berbuah lagi

Pokok Mulberry yang baru saya tanam hari tu dah pun berbuah....tapi buahnya tak lah banyak. Yang lama saya dah catas batangnya separuh.. daun saya keringkan untuk buat teh daun mulberry.
Harap2, yang daun baru nanti keluar dengan putik buah yang besar sikit.  Boleh la mak saya makan lebih sikit......... seronok bila pokok yang ditanam keluarkan hasil biarpun sikit dan kecil buahnya.  nanti saya letak baja, biar sihat dan banyak buah.


 Pokok yang lama ni, saya kerat separuh dan batangnya saya cucuk balik dalam pasu.  mana tau boleh hidup. lain hari, nak potong baki yang lagi 2 batang tu....


Daun ni dibasuh bersih untuk buangkan denah yang ada kat daun tu.....lepas tu keringkan selama 2 hari. Bila dah keringkan.....ramas2 sedikit biar hancur dan kemudian letak dalam bekas.. lepas ni dah boleh minum teh daun mulberry k.

Jumaat, 1 November 2013

Pemegang Pintu Dan Alas PetiSejuk

Paling terbaru corak polka dot hitam dan merah. Ada 2 warna sahaja. 1 set ada 2 pemegang pintu dan 1 alas untuk peti sejuk. Harga RM 35 sahaja untuk 1 set. Jika berminat, sila hubungi saya k. No Hp: 012-7423357.