Rabu, 19 Februari 2014

Andai itu takdirnya.......

Alahai macam tajuk drama pulak.....tapi ini bukan slot tv tu ye.  Saya sebenarnya ingin berkongsi rasa.......bagaimana hendak memahami diri remaja zaman IT ni. Anak2 ramaja yang tengah naik ni susah betulkan untuk ibu bapa fahami perasaan dan perangai mereka.  Nak marah salah.....x marah pun salah.....Kalau kita berkeras sangat, mereka akan memberontak tapi kalau kita biarkan dan asyik berlembut dengan mereka, alahai diri kita yang jadi mangsa dengan perangai mereka tu.

Saya pun kadang2 merasa keliru dengan anak2...mereka ini remaja yang tengah naik umur 16, 17 & 18 tahun (ikut tahun).  Dan saya akan merasa sangat tidak selesa bila anak2 kadang2 mula menunjukkan sikap tidak baik terhadap saya atau suami saya..maksud saya mereka seperti tidak puas hati atau bercakap balik bila kami tidak setuju dengan mereka.  Apa yang mereka hendak sebenarnya??? semua permintaan dan keinginan mereka kami cuba tunaikan tapi kadang2 seperti tidak mencapai apa yang mereka mahu.......tidak mengikut kehendak mereka.

Saya benar2 keliru......saya rasa kami sebagai ibu bapa telah buat yang terbaik untuk mereka. Kami ikut kehendak mereka....beli keperluan untuk mereka.....jadi ibu bapa yang sporting yang boleh jadi kawan kepada mereka....kadang2 tu, kami lupakan ego kami sebagai ibu bapa untuk memuaskan hati mereka...walaupun mereka cuma kadang2 saja bersikap begitu, tapi kerana yang kadang2 itulah yang menyebabkan hati kami sebagai ibu bapa sakit dan tidak dapat menerima kelakuan tersebut.

Saya rasa, anak2 saya sangat beruntung kerana sejak kecil hingga remaja, kami tidak pernah sekalipun merotan mereka. Saya memang jarang nak pukul anak2...suami juga.  Saya boleh kira berapa kali anak2 kami pernah kena pukul..(mungkin tak pernah juga) dan saya tidak pernah mempraktikkan undang2 rotan dirumah.... kalau dulu masa mereka kecil, saya hanya cubit punggung mereka bila mereka degil, itu saja.  Saya tidak suka memukul atau merotan anak....biarpun ramai kawan2 saya berkata, merotan anak itu baik untuk mendisplinkan mereka tapi saya tak sampai hati untuk merotan anak2 saya.  Bagi saya, mendidik tanpa rotan itu lebih baik..tapi bila anak2 da besar remaja...kadang2 terfikir pulak...mungkin betul kata kawan2 saya yang merotan itu baik untuk anak2.....bukannya nak rotan kuat2 pun tapi saya memang tak sampai hati.....

Kalau saya bandingkan nasib anak2 saya dengan saya dulu....saya rasa mereka sangat beruntung. Masa saya kecil dulu kalau buat salah..nah ambik sebijik arwah bapak saya akan marah dan selibat dengan tali pinggang kulit.  Berbilai tangan kena pukul....tapi saya baik...tak pernah kena pukul dengan arwah bapak saya......(ha..ha..ha... ) yang selalu kena tentulah abang2 saya..........(maaf ye abang2). Jangan la siapa2 berani melawan cakap arwah bapak saya.....kalau lalu depan arwah bapak, muka macam nak lekat kat lantai....nak cakap balik dengan bapak pun takut.......kalau bapak belikan apa2 pun, terima dengan rela hati biarpun barang tu dah salah dan tidak berkenan dihati.....saya sebagai anak sangat hormat kepada ibu bapa saya.

Sebab itu, saya juga ingin anak2 saya hormat pada kami ibu bapa mereka. Sebenarnya anak2 saya tergolong dari jenis budak yang baik2 ......cuma saya kadang2 tak faham dengan sikap mereka. Kadang2 mereka kasar...kadang2 mereka sangat comel...kadang2 mereka sangat menjengkelkan...kadang2 mereka sangat manja dan mesra....tapi  saya akan merasa sakit hati bila mereka buat perangai......mereka kan dah besar....tak kan tak boleh berfikir dan berfikiran seperti orang yang sudah besar.........mereka kena belajar untuk jadi dewasa!!!!

Saya faham.....mereka agaknya mengalami perubahan hormon...ialah anak gadis yang tengah meningkat remaja tapi agak2 la kan.....tak kan asyik nak buat perangai dan mahu kami sebagai ibu bapa jer yang nak kena ikut cakap dan kehendak mereka......saya pun pernah melalui zaman yang mereka lalui ni............tapi dulu saya COOl jer.

Saya sangat sayang pada anak2 saya.....saya harap ALLAH akan menjadikan mereka anak2 yang baik dan tahu menghormati kami sebagai ibu bapa mereka hingga kehujung nyawa kami. Andai apa pun jua yang berlaku dan Andai itu takdirnya......saya redha dengan apa jua pemberian Allah dan saya berharap sangat ALLAH akan makbulkan doa saya agar mereka terima yang terbaik saja untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Moga hidup mereka akan bahagia selamanya.







Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa

Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.
Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَلَمْ يُكْرِمْ كَبِيرَنَا
Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).
Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.
Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.
Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.
Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:
  • Mendengar kata mereka.
  • Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
  • Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
  • Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
  • Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
  • Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
  • Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
  • Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
  • Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
  • Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
  • Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.
Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan