Rabu, 19 Februari 2014

Andai itu takdirnya.......

Alahai macam tajuk drama pulak.....tapi ini bukan slot tv tu ye.  Saya sebenarnya ingin berkongsi rasa.......bagaimana hendak memahami diri remaja zaman IT ni. Anak2 ramaja yang tengah naik ni susah betulkan untuk ibu bapa fahami perasaan dan perangai mereka.  Nak marah salah.....x marah pun salah.....Kalau kita berkeras sangat, mereka akan memberontak tapi kalau kita biarkan dan asyik berlembut dengan mereka, alahai diri kita yang jadi mangsa dengan perangai mereka tu.

Saya pun kadang2 merasa keliru dengan anak2...mereka ini remaja yang tengah naik umur 16, 17 & 18 tahun (ikut tahun).  Dan saya akan merasa sangat tidak selesa bila anak2 kadang2 mula menunjukkan sikap tidak baik terhadap saya atau suami saya..maksud saya mereka seperti tidak puas hati atau bercakap balik bila kami tidak setuju dengan mereka.  Apa yang mereka hendak sebenarnya??? semua permintaan dan keinginan mereka kami cuba tunaikan tapi kadang2 seperti tidak mencapai apa yang mereka mahu.......tidak mengikut kehendak mereka.

Saya benar2 keliru......saya rasa kami sebagai ibu bapa telah buat yang terbaik untuk mereka. Kami ikut kehendak mereka....beli keperluan untuk mereka.....jadi ibu bapa yang sporting yang boleh jadi kawan kepada mereka....kadang2 tu, kami lupakan ego kami sebagai ibu bapa untuk memuaskan hati mereka...walaupun mereka cuma kadang2 saja bersikap begitu, tapi kerana yang kadang2 itulah yang menyebabkan hati kami sebagai ibu bapa sakit dan tidak dapat menerima kelakuan tersebut.

Saya rasa, anak2 saya sangat beruntung kerana sejak kecil hingga remaja, kami tidak pernah sekalipun merotan mereka. Saya memang jarang nak pukul anak2...suami juga.  Saya boleh kira berapa kali anak2 kami pernah kena pukul..(mungkin tak pernah juga) dan saya tidak pernah mempraktikkan undang2 rotan dirumah.... kalau dulu masa mereka kecil, saya hanya cubit punggung mereka bila mereka degil, itu saja.  Saya tidak suka memukul atau merotan anak....biarpun ramai kawan2 saya berkata, merotan anak itu baik untuk mendisplinkan mereka tapi saya tak sampai hati untuk merotan anak2 saya.  Bagi saya, mendidik tanpa rotan itu lebih baik..tapi bila anak2 da besar remaja...kadang2 terfikir pulak...mungkin betul kata kawan2 saya yang merotan itu baik untuk anak2.....bukannya nak rotan kuat2 pun tapi saya memang tak sampai hati.....

Kalau saya bandingkan nasib anak2 saya dengan saya dulu....saya rasa mereka sangat beruntung. Masa saya kecil dulu kalau buat salah..nah ambik sebijik arwah bapak saya akan marah dan selibat dengan tali pinggang kulit.  Berbilai tangan kena pukul....tapi saya baik...tak pernah kena pukul dengan arwah bapak saya......(ha..ha..ha... ) yang selalu kena tentulah abang2 saya..........(maaf ye abang2). Jangan la siapa2 berani melawan cakap arwah bapak saya.....kalau lalu depan arwah bapak, muka macam nak lekat kat lantai....nak cakap balik dengan bapak pun takut.......kalau bapak belikan apa2 pun, terima dengan rela hati biarpun barang tu dah salah dan tidak berkenan dihati.....saya sebagai anak sangat hormat kepada ibu bapa saya.

Sebab itu, saya juga ingin anak2 saya hormat pada kami ibu bapa mereka. Sebenarnya anak2 saya tergolong dari jenis budak yang baik2 ......cuma saya kadang2 tak faham dengan sikap mereka. Kadang2 mereka kasar...kadang2 mereka sangat comel...kadang2 mereka sangat menjengkelkan...kadang2 mereka sangat manja dan mesra....tapi  saya akan merasa sakit hati bila mereka buat perangai......mereka kan dah besar....tak kan tak boleh berfikir dan berfikiran seperti orang yang sudah besar.........mereka kena belajar untuk jadi dewasa!!!!

Saya faham.....mereka agaknya mengalami perubahan hormon...ialah anak gadis yang tengah meningkat remaja tapi agak2 la kan.....tak kan asyik nak buat perangai dan mahu kami sebagai ibu bapa jer yang nak kena ikut cakap dan kehendak mereka......saya pun pernah melalui zaman yang mereka lalui ni............tapi dulu saya COOl jer.

Saya sangat sayang pada anak2 saya.....saya harap ALLAH akan menjadikan mereka anak2 yang baik dan tahu menghormati kami sebagai ibu bapa mereka hingga kehujung nyawa kami. Andai apa pun jua yang berlaku dan Andai itu takdirnya......saya redha dengan apa jua pemberian Allah dan saya berharap sangat ALLAH akan makbulkan doa saya agar mereka terima yang terbaik saja untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Moga hidup mereka akan bahagia selamanya.







Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa

Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.
Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَلَمْ يُكْرِمْ كَبِيرَنَا
Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).
Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.
Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.
Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.
Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:
  • Mendengar kata mereka.
  • Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
  • Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
  • Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
  • Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
  • Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
  • Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
  • Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
  • Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
  • Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
  • Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.
Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.

 




Jumaat, 14 Februari 2014

My Sweet Little Frenz........

Hari ini saya mengimbau kenangan satu masa dahulu...dengan seorang teman lama.

Suatu masa ketika remaja iaitu masa sekolah ada seorang kawan.....Ne namanya(nama samaran kat rumah la).... kami mula rapat masa form 3(tahun 1984)...itupun Huda yang kenalkan saya dengannya...pergi dan balik sekolah bersama-sama..jalan kaki bawah terik matahari dan berkongsi duit untuk beli air cedok...berkongsi makanan dalam satu pinggan dan selalu lepak bersama2 membuatkan kami cepat mesra dan berkongsi bermacam2 peristiwa suka duka.......

Ne gadis manis dan cantik..macam saya juga(cantik ke saya ni???????) saya suka berkawan dengannya kerana kami kadang2 ada persamaan jiwa.......maksud saya dan dia boleh beli barang yang sama jenis dan warna walau tidak keluar bersama2....pelik kan. Citarasa kami selalunya sama sahaja.....kami juga akan mengalami perkara2 yang lebih kurang sama cuma cepat atau lambat saja perkara itu berlaku..... tapi itukan kuasa ALLAH...dia yang menentu segalanya.

Mengenali Ne membuatkan saya rasa bahagia kerana mempunyai teman yang rapat dan boleh berkongsi masaalah atau apa2 sahaja....tapi selalunya sayalah yang jadi penyelamat kepada Ne....hu..hu....tentu jika dia membaca tulisan ini, pasti akan ingat betapa nakalnya dia ....saya la tukang karut buat cerita untuk selamatkan keadaan...."maaf ya makcik dan pakcik..........itu semua masa kami remaja. Tapi saya juga lah yang paling mereka percaya.....walau selalu kena marah oleh makcik... tapi tetap menjadikan rumah Ne sebagai "port" lepak........

Kenangan masa berjogging ketika subuh...bersama2 ditambah dengan Huda dan Noi amat melucukan.......masa orang tengah sibuk tido, kami berempat pulak sibuk berlari2 anak sepanjang jalan dari Kg. Melayu Majidi ke Studium Larkin.  Masa tahun 80an...jalan tak sibuk macam sekarang.  Suasana sangat hening masa subuh.  Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kasut Noi yang berjogging gunakan kasut bertumit tapi rendah...hu..hu..kelakar kan.  Habis kena marah la dia sebab bising takut ganggu orang lain. Itu belum kena kejar dengan orang gila.......lari lintang pukang....yang kaki panjang, pecut macam lari 100meter..tertinggal kami yang lain kat belakang.....lepas tu lari sorok kat belakang rumah orang.....hu..hu....habis rumah kecik pun kami bantai masuk sebab takut.... Terlalu banyak kenangan manis dan lucu masa kami berjogging.  Maklumlah seminggu sampai 2 ke 3 kali berjogging walaupun pagi nak pergi sekolah......nak jaga badan  konon tapi badan masing2 masa tu macam lidi.....

Mengingati masa2 dulu....saya kadang2 rasa betapa cepatnya masa berlalu....kami dewasa bersama2....tapi yang paling cepat bercinta, tentulah Ne........masih ingat pada trajedi pokok kelapa ditiup angin sepoi2.........hu..hu...saya akan ingat sampai bila2. Kenangan bersama2 Ne dan abang Marzuki akan tersemat di dalam diri saya sampai bila2.....betapa baiknya abang Marzuki. Moga arwah tenang di alam sana....al-fatihah.......

Masa berlalu begitu cepat......selepas masing2 berkahwin dan berkeluarga, memang amatlah payah untuk berjumpa seperti masa solo dulu.  Saya kadang2 merasa amat rindu pada Ne.....
Saya selalu berharap Ne akan bahagia selalu bersama2 keluarga. Begitu juga dengan saya yang bahagia dengan keluarga saya.........

Semua kenangan antara saya dan Ne akan kekal abadi hingga akhir hayat......moga2 kami akan diberkati oleh Allah selalu dan menjadi insan yang lebih baik dan solehah dimasa akan datang, amin.



MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang ***** yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya ke*****an apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan *****, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Selasa, 4 Februari 2014

Perkhidmatan memasang rel langsir

Kami ingin memaklumkan bahawa kami ada menyediakan perkhidmatan untuk memasang rel langsir .  Kami juga ada memperbaiki rel yang rosak atau menambah rel untuk rumah.  Harga yang kami tawarkan amat berpatutan. Kami juga boleh menyediakan rel .  Jika berminat dan ada sebarang pertanyaan, sila hubungi - 017 7820557 (En. Din)
 


Kos rel termasuk pemasangan :
  • Rel Aluminium Biasa = RM 6.50 sekaki
  • Rel Aluminium warna Silver = RM 8.50 sekaki 
  • Rel Aluminium warna Dark Brown  = RM 10.50 sekaki 
  • Rod Kayu Original (Warna: Brown & Dark Brown) = RM 18.50 sekaki
Nota: harga mengikut keadaan semasa dan harga masih boleh dirundingkan.            

Perhatian:
1) Sekiranya anda baru berpindah ke rumah baru atau ingin menukar rel langsir yang baru, bolehlah menghubungi kami sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh pemasangan rel.  
2) Jumlah minimum tempahan REL ALUMINIUM adalah 20 kaki.
3) Deposit 30% daripada jumlah keseluruhan pada perjumpaan pertama.