Selasa, 12 Ogos 2014

Cerita kami Di Hari Raya Aidil Fitri 2014


Hari Raya AidilFitri Tahun 2014 jatuh pada hari isnin 28.7.2014.....Awal2 lagi saya dah ambil cuti. Maklumlah anak sulung, Syira balik dari Shah Alam pada Hari Jumaat 25.7.2014....jadi saya ambil cuti hari sabtu 26hb untuk beli baju raya kat pasar tani larkin dgn anak2 yang lain (Amy & Nurul)....hu..hu last minutes shopping.Tahun ni saya ambil cuti panjang...seminggu!!!!

Tahun ni, saya gembira kerana hajat untuk buatkan batu nesan dan kepok untuk arwah adik tercapai juga.  Saya dapat tempahkan dengan penjaga kubur seminggu dalam bulan Ramadhan dan siap selang seminggu kemudian. Alhamdullilah syukur pada Allah kerana akhirnya dapat juga saya buatkan biarpun harganya tidak seberapa dan tidak secantik mana....... yang penting saya dapat buatkan tanda untuk arwah adik saya.  Setiap Hari Raya ingatan pada arwah sangat kuat....terutama dalam bulan Ramadhan......kenangan masa bersamanya membuatkan hati dan perasaan saya jadi sedih dan pilu...betapa masa sangat cepat berlalu dan saya beraya tahun ke empat tanpanya.

Tahun ni saya pecah rekod bila buat biskut raya dengan 2 anak dara saya......tapi biasalah dah nama anak2, ajaknya lebih tapi sudahnya saya juga yang kena siapkan. Apapun, saya happy sebab anak2 dah besar2 dan dah tau nak buat biskut raya. Dapat la buat beberapa jenis.....syukur!!!

Raya tahun ni, kami dah merancang untuk pi bercuti....akhirnya dapat juga kami sampai ke Cameron Highlands pada hari raya ke 3.........bestkan dah lama tak dapat bercuti dengan anak2.  Kesian En. Suami yang penat sebab kena jadi pemandu pelancong kami ....tapi walaupun penat, tentu abang pun happy........kan??? Rasa seronok dan macam tak nak balik JB pulak.. Kalau dapat tinggal dan menetap kat Cameron Highlands tentu best kan. Kami cuma 2 hari je kat Cameron..........saya berangan pulak nak menetap kat sana...boleh ke????  Paling best sebab dapat makan durian gunung kat sana....memang sedap. Petai pun banyak.......yang paling best dapat petik buah strawberry dan ngap2 kat kebun tu.....penjaganya mat bangla...baik pulak tu. Sedap dapat makan buah stawberry dari pokok...rasa buahnya manis dan segar. Dan pokok2 bunga ros.......yang buat saya tak tentu arah.....cantik sangat2....dapat juga saya beli 2 pasu untuk dibawa balik ke JB. Yang paling seronok tentulah anak2, asyik shopping je kerjanya....semua diaorang nak...erm....kopak lah anak ooi. Memang best trip kali ni sbb dapat pi ladang teh.....makan kat kedai teh boh yang menyebabkan mulut saya, suami dan anak2 ternganga dengan harganya yang (x?@#)........hu..hu.. In Syaa Allah , saya harap dapat lagi pi Cameron Highlands ......mana tau saya dapat jadi penduduk sana (berangan lagi saya ni).
Jom tengok gambar2 yang sempat saya ambil........










 











 






Tahun ni,  kami sekeluarga menyambut raya dengan secara sederhana...Saya rasa sangat bahagia kerana masih dapat menyambut Hari Raya bersama2 sebagai satu keluarga...masih ada suami dan anak2........Walaupun bahagia tapi saya turut merasa sedih dengan keadaan sekarang ni, Umat Islam Di Gaza , keluarga mangsa MH17 dan MH370, kami turut merasa simpati ....Moga Allah melindungi setiap hambanya. 



Saya dan keluarga mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" dan maaf zahir dan batin...........moga kita semua berada didalam lindungan ALLAH jua, amin.





Rabu, 2 Julai 2014

Oh Anak....

Cepatnya masa berlalu......begitu pantas sekali,  tanpa saya sedari  saya terpaksa jua menerima kenyataan yang sekarang ni, anak2 sudah semangkin dewasa . Betapa masa begitu mencemburui kami....... apakah tidak, terasa begitu cepat anak2 membesar.  Kalau dulu, .....seronok bermain dan bergurau senda dengan anak2.......melayani kerenah mereka yang manja dan kadang2 nakal.....ataupun saat bila anak2 menangis dan merengek2 minta sesuatu...alangkah manisnya masa itu.  Masih saya ingat saat mereka lahir, kemudian merangkak, bertatih, berlari......... Tapi kini, semuanya beredar mengikut putaran masa, anak2 pun dah sama tinggi dengan saya.

Itulah lumrah kehidupan, kita mesti melalui fasa2 tersebut. Dan sekarang ni pun saya  mesti melalui 1 lagi fasa peralihan dan menerima kenyataan yang anak saya yang sulong akan berada jauh dari saya........tinggal lah saya, suami dan 2 orang lagi anak saya yang masih bersekolah di tingkatan 5 dan 4.  Perasaan sekarang ni bercampur baur antara gambira dan sedih.....anak  yang sulong akan mendaftar diri di UITM Puncak Perdana Selangor pada 1hb Jun 2014.

Walaupun gembira kerana anak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, tapi perasaan saya jadi sedih kerana terpaksa tinggal berjauhan dari anak...maklumlah sejak kecil hingga sekarang, kami tidak pernah berenggang.  Saya berharap anak saya dapat melalui kehidupan sebagai pelajar di sana dengan baik...dan saya pula harus menyiapkan mental saya untuk bersedia tinggal berjauhan dengan anak.....hurm.......macam kelakar pulak sebab rasa
mcm ni......sekejap rasa ok....sekejap rasa x ok.....tapi tu lah,
memang terasa perit sekali perasaan ini untuk melepaskan anak dara tinggal jauh kan....tapi apakan daya saya mesti melapangkan dada dan menenangkan fikiran serta berfikiran positif untuk masa depan anak2...

 Moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH jua.  Moga anak saya akan kuat menghadapi semua dugaan.  Dah bermacam2 pesanan yang saya titipkan untuknya.....dan saya harap anak saya akan dapat menyesuaikan diri dan menjadi insan berguna untuk keluarga, bangsa dan agama. Amin...amin...amin.


 Gambar masa hari pendaftaran di UITM Puncak Perdana
01.06.2014

Selasa, 6 Mei 2014

Oh....Mak 3 (Sempena Hari Ibu)

Mak Oh Mak......

Izinkanlah saya berbicara....atau paling tepat bercerita tentang perasaan hati saya sebagai anak pada mak. Kadang2 saya sebagai anak selalu terlupa perasaan mak ........kerana saya pun insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan ......Saya sayang sangat2 pada mak saya. Biarpun kadang2 perasaan sayang silih berganti dengan perasaan marah atau kecewa.... namun, saya perlu mengucapkan beribu terima kasih pada mak kerana telah melahirkan dan membesarkan saya.  Mak adalah insan yang paling sabar dan tabah yang pernah saya kenali.......mak insan kuat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 mak.....mak insan mulia yang patut anak2 sanjungi dan hargai dengan sepenuh hati.....mak juga insan yang patut menerima kasih sayang yang tiada penghujung dan semua anak2 mak sepatutnya berbangga memiliki seorang mak yang begitu baik dan sangat menyayangi anak2nya..... Walau beribu onak ranjau mak hadapi.....mak tetap tabah menghadapi segalanya.  Walau dengan seribu kepayahan dan tergambar garis2 kesedihan diwajah mak tapi mak tetap teruskan jua kehidupan mak tanpa banyak mengeluh.......

Mak.....
Biarpun apa yang mak buat....saya sentiasa akan menyokong mak biarpun kadang2 saya merasa kecewa kerana sikap mak.........saya selalu berharap mak akan sedar tentang perasaan perihatin saya terhadap mak..saya ingin mak melalui hari2 tua mak dengan perasaan tenang, ceria dan gembira........merasai kebahagiaan di usia mak yang sudah hampir kehujungnya....walaupun saya selalu berdoa kepada ALLAH agar memanjangkan usia mak tapi saya tahu bila sampai masanya, mak tetap akan pergi jua menemui sang pencipta.......sebab itu saya ingin mak bahagia ...mak berasa disayangi...mak berasa dihargai dan yang paling penting mak dapat melalui sisa2 kehidupan dengan tenang dan gembira tanpa kemelut duka dihati mak........

Mak.....
Senyumlah mak biarpun mungkin ada lara di jiwa? Bila ada kesempatan, saya kadang2 mencuri curi mengerling melihat raut wajah mak yang semangkin banyak kedut2nya.....wajah cengkung mak yang suatu masa dulu amat manis dan cantik....bila melihat wajah mak, hati saya kadang2 jadi sayu, berdetik dihati saya ini.....apakah saya tidak membahagiakan hidup mak saya......apakah saya anak yang baik kepada mak saya.......apakah saya selama ini melayan mak dengan sempurna ........Ya ALLAH, ampuni dosa2 saya jika saya teralpa dalam memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mak......Redhakah mak saya dengan perbuatan saya kepadanya selama ini.....moga2 saya adalah antara insan yang berpeluang menjadi anak yang baik kepada mak saya.


Mak......
Sempena hari ibu yang bakal hadir tak berapa hari lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa saya amat menyayangi mak.  Segala jasa baik mak selama ini membesarkan saya dan menjadikan saya insan yang ada seperti hari ini.....tanpa mak, siapalah diri saya.  Kasih sayang seorang anak kepada maknya tidak akan ada penghujung. Walau saya anak perempuan mak.....saya tetap anak mak......walaupun suami saya menantu lelaki mak...dia tetap anak menantu mak. Walaupun anak2 saya cuma cucu tumpang mak....anak saya tetap cucu mak jugak kan dan kami semua akan menyayangi mak selamanya. Moga mak bahagia selalu....moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mak dan dipanjangkan umur mak. Moga mak bahagia selalu, amin.








Jumaat, 21 Mac 2014

Tahniah Syahirah

Saat ini saya rasa gembira......anak sulung saya Nurul Hayza Syahirah dapat 5A dalam SPM 2013.  Walau saya tengok dia sedikit kecewa kerana gagal dapat 7A tapi bagi saya 5A pun sudah cukup  baik kerana semua subject dia lulus cemerlang.

Bersyukurnya saya kepada ALLAH kerana memberikan kejayaan ini kepada anak saya.  Moga kakak akan terus berjaya dimasa akan datang.  Berjaya bukan saja dari segi pelajaran tapi juga dari segi sikap, budi pekerti dan budi bahasa.  Ini adalah langkah pertama untuk terus kehadapan........... In Syaa Allah jika ALLAH izinkan, kakak pasti berjaya dalam hidup kakak.  Tetapi ingatlah anak, tiada kejayaan itu tanpa usaha dan setiap tindakan mesti ingat kepada ALLAH dan ibu bapa.  Jangan sekalipun jadi insan yang lupa daratan hidup dan tinggi diri.  Jadilah insan yang berguna untuk Agama, Bangsa dan negara...juga untuk keluarga.

Kakak anak sulung....jadilah contoh kepada adik2, jadilah contoh yang terbaik dan dapat pula membantu adik2.....saling bantu membantu dan tidak lokek ilmu.  Moga kakak akan dapat jadi inspirasi adik2 dikemudian hari. Moga kakak akan berjaya mencapai apa jua cita2 yang kakak impikan. Kami akan menyokong kakak dari belakang. Walaupun nanti kita akan sering berjauhan tapi percayalah kami akan sentiasa ada untuk mendoakan kebahagiaan untuk kakak.

Saya berdoa agar ALLAH sentiasa memberkati kakak dan kami sekeluarga juga kepada setiap insan dimuka bumi ini.......moga2 semuanya dipermudahkan.  Kepada anak2 yang kurang berjaya, percayalah walaupun kali ini gagal mendapat keputusan yang cemerlang, ini tidak bermakna anak2 semua gagal dalam hidup, ya.  Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk terus berjaya....tawakal pada ALLAH dan cari cara terbaik untuk jadi insan yang terbaik.....

Kami sayang pada kakak.  TAHNIAH.............





Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.
Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.
Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta.
Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.

Hakikat Kejayaan

Namun hakikiat kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Surah al-Mukminun: Ayat 115)
Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu!
Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

 

Kejayaan Menurut Al-Quran

Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:
  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
  2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
  3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
  4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
  6. terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
  7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
  9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
  11. (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.
Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

 

Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran

Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
Firman Allah yang bermaksud:-
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Az-Azumar : Ayat 53)








Rabu, 19 Februari 2014

Andai itu takdirnya.......

Alahai macam tajuk drama pulak.....tapi ini bukan slot tv tu ye.  Saya sebenarnya ingin berkongsi rasa.......bagaimana hendak memahami diri remaja zaman IT ni. Anak2 ramaja yang tengah naik ni susah betulkan untuk ibu bapa fahami perasaan dan perangai mereka.  Nak marah salah.....x marah pun salah.....Kalau kita berkeras sangat, mereka akan memberontak tapi kalau kita biarkan dan asyik berlembut dengan mereka, alahai diri kita yang jadi mangsa dengan perangai mereka tu.

Saya pun kadang2 merasa keliru dengan anak2...mereka ini remaja yang tengah naik umur 16, 17 & 18 tahun (ikut tahun).  Dan saya akan merasa sangat tidak selesa bila anak2 kadang2 mula menunjukkan sikap tidak baik terhadap saya atau suami saya..maksud saya mereka seperti tidak puas hati atau bercakap balik bila kami tidak setuju dengan mereka.  Apa yang mereka hendak sebenarnya??? semua permintaan dan keinginan mereka kami cuba tunaikan tapi kadang2 seperti tidak mencapai apa yang mereka mahu.......tidak mengikut kehendak mereka.

Saya benar2 keliru......saya rasa kami sebagai ibu bapa telah buat yang terbaik untuk mereka. Kami ikut kehendak mereka....beli keperluan untuk mereka.....jadi ibu bapa yang sporting yang boleh jadi kawan kepada mereka....kadang2 tu, kami lupakan ego kami sebagai ibu bapa untuk memuaskan hati mereka...walaupun mereka cuma kadang2 saja bersikap begitu, tapi kerana yang kadang2 itulah yang menyebabkan hati kami sebagai ibu bapa sakit dan tidak dapat menerima kelakuan tersebut.

Saya rasa, anak2 saya sangat beruntung kerana sejak kecil hingga remaja, kami tidak pernah sekalipun merotan mereka. Saya memang jarang nak pukul anak2...suami juga.  Saya boleh kira berapa kali anak2 kami pernah kena pukul..(mungkin tak pernah juga) dan saya tidak pernah mempraktikkan undang2 rotan dirumah.... kalau dulu masa mereka kecil, saya hanya cubit punggung mereka bila mereka degil, itu saja.  Saya tidak suka memukul atau merotan anak....biarpun ramai kawan2 saya berkata, merotan anak itu baik untuk mendisplinkan mereka tapi saya tak sampai hati untuk merotan anak2 saya.  Bagi saya, mendidik tanpa rotan itu lebih baik..tapi bila anak2 da besar remaja...kadang2 terfikir pulak...mungkin betul kata kawan2 saya yang merotan itu baik untuk anak2.....bukannya nak rotan kuat2 pun tapi saya memang tak sampai hati.....

Kalau saya bandingkan nasib anak2 saya dengan saya dulu....saya rasa mereka sangat beruntung. Masa saya kecil dulu kalau buat salah..nah ambik sebijik arwah bapak saya akan marah dan selibat dengan tali pinggang kulit.  Berbilai tangan kena pukul....tapi saya baik...tak pernah kena pukul dengan arwah bapak saya......(ha..ha..ha... ) yang selalu kena tentulah abang2 saya..........(maaf ye abang2). Jangan la siapa2 berani melawan cakap arwah bapak saya.....kalau lalu depan arwah bapak, muka macam nak lekat kat lantai....nak cakap balik dengan bapak pun takut.......kalau bapak belikan apa2 pun, terima dengan rela hati biarpun barang tu dah salah dan tidak berkenan dihati.....saya sebagai anak sangat hormat kepada ibu bapa saya.

Sebab itu, saya juga ingin anak2 saya hormat pada kami ibu bapa mereka. Sebenarnya anak2 saya tergolong dari jenis budak yang baik2 ......cuma saya kadang2 tak faham dengan sikap mereka. Kadang2 mereka kasar...kadang2 mereka sangat comel...kadang2 mereka sangat menjengkelkan...kadang2 mereka sangat manja dan mesra....tapi  saya akan merasa sakit hati bila mereka buat perangai......mereka kan dah besar....tak kan tak boleh berfikir dan berfikiran seperti orang yang sudah besar.........mereka kena belajar untuk jadi dewasa!!!!

Saya faham.....mereka agaknya mengalami perubahan hormon...ialah anak gadis yang tengah meningkat remaja tapi agak2 la kan.....tak kan asyik nak buat perangai dan mahu kami sebagai ibu bapa jer yang nak kena ikut cakap dan kehendak mereka......saya pun pernah melalui zaman yang mereka lalui ni............tapi dulu saya COOl jer.

Saya sangat sayang pada anak2 saya.....saya harap ALLAH akan menjadikan mereka anak2 yang baik dan tahu menghormati kami sebagai ibu bapa mereka hingga kehujung nyawa kami. Andai apa pun jua yang berlaku dan Andai itu takdirnya......saya redha dengan apa jua pemberian Allah dan saya berharap sangat ALLAH akan makbulkan doa saya agar mereka terima yang terbaik saja untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Moga hidup mereka akan bahagia selamanya.







Mewujudkan Hubungan Baik Anak Dengan Ibu Bapa

Anak wajib berbuat baik terhadap ibu bapanya. Sekiranya tidak, ia telah melakukan satu dosa. Di dalam al-Quran tidak terdapat perintah khusus agar seseorang bapa mengasihi anaknya, tetapi sebaliknya yang lebih banyak ialah perintah kepada anak supaya mengasihi ibu bapa.
Walaupun tidak banyak ayat yang memerintah ibu bapa untuk mengasihi anak, namun banyak hadis yang menyebut mengenainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ù„َÙŠْسَ Ù…ِÙ†َّا Ù…َÙ†ْ Ù„َÙ…ْ ÙŠَرْØ­َÙ…ْ صَغِيرَÙ†َا ÙˆَÙ„َÙ…ْ ÙŠُÙƒْرِÙ…ْ ÙƒَبِيرَÙ†َا
Ertinya: Bukan daripada golongan kami (Nabi Muhammad) mereka yang tidak mengasihi orang kecil (anak muda) dan tidak memuliakan orang besar (orang lebih umur – pemimpin).
Memang secara outomatik ibu bapa akan mengasihi anaknya. Seorang bapa, apatah lagi ibu, amat sayang kepada anaknya sehingga ia sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Ia sanggup bersusah payah bekerja siang dan malam, menggerakkan segala usaha dan tenaga, di mana semuanya itu adalah untuk kebahagiaan anaknya.
Namun ada anak yang tidak sedar atau tidak dapat merasai bahawa ibu bapanya mengasihi dan menyanginya. Teguran dan nasihat ibu bapa selalu dianggap sebagai mengganggu kebebasannya. Kesalahan mereka yang cuba dibetulkan oleh ibu bapa sering di anggap sebagai segaja mencari kesalahan mereka. Padahal kalau semua itu tidak diingatkan akan menjadi satu kebiasaan yang merosakkan masa depannya.
Menyedari keadaan ini, mereka perlu terus disedarkan hakikat ini. Maka wajarlah anak berbuat baik terhadap ibu bapa. Di sini mungkin seorang anak akan bertanya, bagaimana mereka harus berbuat baik terhadap ibu bapanya.
Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan, iaitu:
  • Mendengar kata mereka.
  • Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
  • Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
  • Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
  • Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
  • Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
  • Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
  • Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
  • Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
  • Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
  • Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.
Jika anak-anak dapat mengikut adab sopan ini, masa depan anak-anak akan terurus ke arah kejayaan. Ibu bapa tentu akan senang hati dengan kejayaan anak mereka itu.

 




Jumaat, 14 Februari 2014

My Sweet Little Frenz........

Hari ini saya mengimbau kenangan satu masa dahulu...dengan seorang teman lama.

Suatu masa ketika remaja iaitu masa sekolah ada seorang kawan.....Ne namanya(nama samaran kat rumah la).... kami mula rapat masa form 3(tahun 1984)...itupun Huda yang kenalkan saya dengannya...pergi dan balik sekolah bersama-sama..jalan kaki bawah terik matahari dan berkongsi duit untuk beli air cedok...berkongsi makanan dalam satu pinggan dan selalu lepak bersama2 membuatkan kami cepat mesra dan berkongsi bermacam2 peristiwa suka duka.......

Ne gadis manis dan cantik..macam saya juga(cantik ke saya ni???????) saya suka berkawan dengannya kerana kami kadang2 ada persamaan jiwa.......maksud saya dan dia boleh beli barang yang sama jenis dan warna walau tidak keluar bersama2....pelik kan. Citarasa kami selalunya sama sahaja.....kami juga akan mengalami perkara2 yang lebih kurang sama cuma cepat atau lambat saja perkara itu berlaku..... tapi itukan kuasa ALLAH...dia yang menentu segalanya.

Mengenali Ne membuatkan saya rasa bahagia kerana mempunyai teman yang rapat dan boleh berkongsi masaalah atau apa2 sahaja....tapi selalunya sayalah yang jadi penyelamat kepada Ne....hu..hu....tentu jika dia membaca tulisan ini, pasti akan ingat betapa nakalnya dia ....saya la tukang karut buat cerita untuk selamatkan keadaan...."maaf ya makcik dan pakcik..........itu semua masa kami remaja. Tapi saya juga lah yang paling mereka percaya.....walau selalu kena marah oleh makcik... tapi tetap menjadikan rumah Ne sebagai "port" lepak........

Kenangan masa berjogging ketika subuh...bersama2 ditambah dengan Huda dan Noi amat melucukan.......masa orang tengah sibuk tido, kami berempat pulak sibuk berlari2 anak sepanjang jalan dari Kg. Melayu Majidi ke Studium Larkin.  Masa tahun 80an...jalan tak sibuk macam sekarang.  Suasana sangat hening masa subuh.  Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kasut Noi yang berjogging gunakan kasut bertumit tapi rendah...hu..hu..kelakar kan.  Habis kena marah la dia sebab bising takut ganggu orang lain. Itu belum kena kejar dengan orang gila.......lari lintang pukang....yang kaki panjang, pecut macam lari 100meter..tertinggal kami yang lain kat belakang.....lepas tu lari sorok kat belakang rumah orang.....hu..hu....habis rumah kecik pun kami bantai masuk sebab takut.... Terlalu banyak kenangan manis dan lucu masa kami berjogging.  Maklumlah seminggu sampai 2 ke 3 kali berjogging walaupun pagi nak pergi sekolah......nak jaga badan  konon tapi badan masing2 masa tu macam lidi.....

Mengingati masa2 dulu....saya kadang2 rasa betapa cepatnya masa berlalu....kami dewasa bersama2....tapi yang paling cepat bercinta, tentulah Ne........masih ingat pada trajedi pokok kelapa ditiup angin sepoi2.........hu..hu...saya akan ingat sampai bila2. Kenangan bersama2 Ne dan abang Marzuki akan tersemat di dalam diri saya sampai bila2.....betapa baiknya abang Marzuki. Moga arwah tenang di alam sana....al-fatihah.......

Masa berlalu begitu cepat......selepas masing2 berkahwin dan berkeluarga, memang amatlah payah untuk berjumpa seperti masa solo dulu.  Saya kadang2 merasa amat rindu pada Ne.....
Saya selalu berharap Ne akan bahagia selalu bersama2 keluarga. Begitu juga dengan saya yang bahagia dengan keluarga saya.........

Semua kenangan antara saya dan Ne akan kekal abadi hingga akhir hayat......moga2 kami akan diberkati oleh Allah selalu dan menjadi insan yang lebih baik dan solehah dimasa akan datang, amin.



MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang ***** yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya ke*****an apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan *****, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.