Itulah lumrah kehidupan, kita mesti melalui fasa2 tersebut. Dan sekarang ni pun saya mesti melalui 1 lagi fasa peralihan dan menerima kenyataan yang anak saya yang sulong akan berada jauh dari saya........tinggal lah saya, suami dan 2 orang lagi anak saya yang masih bersekolah di tingkatan 5 dan 4. Perasaan sekarang ni bercampur baur antara gambira dan sedih.....anak yang sulong akan mendaftar diri di UITM Puncak Perdana Selangor pada 1hb Jun 2014.
Walaupun gembira kerana anak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, tapi perasaan saya jadi sedih kerana terpaksa tinggal berjauhan dari anak...maklumlah sejak kecil hingga sekarang, kami tidak pernah berenggang. Saya berharap anak saya dapat melalui kehidupan sebagai pelajar di sana dengan baik...dan saya pula harus menyiapkan mental saya untuk bersedia tinggal berjauhan dengan anak.....hurm.......macam kelakar pulak sebab rasa
mcm ni......sekejap rasa ok....sekejap rasa x ok.....tapi tu lah,
memang terasa perit sekali perasaan ini untuk melepaskan anak dara tinggal jauh kan....tapi apakan daya saya mesti melapangkan dada dan menenangkan fikiran serta berfikiran positif untuk masa depan anak2...
Moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH jua. Moga anak saya akan kuat menghadapi semua dugaan. Dah bermacam2 pesanan yang saya titipkan untuknya.....dan saya harap anak saya akan dapat menyesuaikan diri dan menjadi insan berguna untuk keluarga, bangsa dan agama. Amin...amin...amin.
Gambar masa hari pendaftaran di UITM Puncak Perdana
01.06.2014